Pages

Popular di Blog itu Blogger

Monday, July 9, 2012

Cool!

Kau patut masuk "So You Think You can dance"!!!

Friday, May 25, 2012

LOL - Barang murah ada keburukannya

Member ingat dah best sangat la beli kasut Adidas dapat harga murah gilee.


sekali...

Innovasi

Memandangkan sekarang aku sedang dalam rangka merencanakan inovasi untuk syarikat aku, sedikit sebanyak kajian sedang aku lakukan untuk merealisasikan rancangan syarikat aku.

Dalam aku mencari-cari artikel-artikel dan informasi-informasi yang boleh aku muatkan dalam kertas kerja aku nanti, aku tertarik dengan beberapa contoh inovasi yang telah dilakukan oleh individu dan syarikat-syarikat lain di luar sana.

Antaranya;

A - Pernah tak korang nak tuang sos yang baru bukak, pastu korang kena ketuk-ketuk bontot dia supaya sos tu keluar cepat sikit? Lepas tu, kalau dah tinggal sikit, korang akan tambahkan air dalam botol sos tu untuk keluarkan kesemua sos. Heh, aku rasa memang selalu terjadi kan. So, ini adalah satu contoh inovasi yang sangat menarik dan sangat berguna.



B - Inovasi ini membolehkan korang tak perlu lagi beli baju hujan atau tak perlu risau lagi dengan kegelojohan korang makan roti canai dengan kuah kari kambing (tumpah kuah ke baju atau seluar atau kasut).



Jadi, contoh-contoh inovasi ini membuatkan aku terfikir bahawa sememangnya tiada yang mustahil yang tidak dapat kita lakukan untuk memperbaiki dan memperkemaskan kehidupan kita seharian. Dan ini juga akan menjadi pemangkin kepada idea-idea inovasi yang boleh aku utarakan untuk kemajuan syarikat aku. OH YEAHHH!!!

credit to Izismile


Vintage - Senangnya nak assemble kereta

Zaman dahulu sebelum wujudnya weld gun and spot gun dalam kilang pembuatan kenderaan, para pembuat kenderaan memasang kenderaan menggunakan tulang empat kerat. Namun, untuk menyenangkan pemasangan kenderaan ini, kerangka-kerangka banyak dibina menggunakan material yang ringan supaya memudahkan mereka semasa proses pemasangan kenderaan.

Ini adalah three-wheel folding car yang telah direka pada tahun 1929 oleh seorang engineer bernama Engelbert Zaschka. Kenderaan ini berupaya untuk bergerak selaju 50 km/h dan boleh dipasang dalam masa 20 minit.

LOL - Grandma Rapping

My Grandma doesn't know how to rap, but hey, this one was great! Thanks granny for the tips..



Video credit izismile

Tuesday, May 15, 2012

Thursday, April 12, 2012

Rare : Ronald Mc Donald..

Salam,

Dah lama aku tak menulis dan mengemaskini blog ni. Mungkin suatu masa aku patut mengambil orang gaji khas untuk mengemaskini blog ini. Ade ke bibik untuk mengemaskini laman web?

Ok, McDonald... Sape tak pernah makan di McDonald? Tipu la kalau aku cakap aku tak pernah makan kat McD.. Tapi serious, aku hanya berjaya dan mampu untuk makan dan belanja awek di McD selepas aku mula bekerja dan mempunyai hasil duit sendiri. Kalu nak dibandingkan dengan budak2 sekarang ni, rata2 umur sekecil bayi dah dibawa masuk ke kedai McD. Ini termasuklah anak-anak aku sendiri. Walaupun pernah ada ura-ura yang menggesa umat islam Malaysia untuk memboikot McD kerana dikatakan ada unsur-unsur Yahudi, namun, umat islam di Malaysia ni mana makan dek tohmahan yang sebegitu. Lagi pula, sudah berapa lama perut-perut umat islam Malaysia ni dah ditrain dengan makanan-makanan dari McD ni.

Ok, cukup dengan bebelan-bebelan yang tak berfaedah.

Hari ni aku nak ajak korang menerajah sejarah sekejap. Sejarah tentang ronald McDonald.. Berapa ramai dari korang yang tahu tentang Ronald McDonald ni? Kalau mengikut bancian yang dibuat di Amerika Syarikat, kanak-kanak berumur bawah 9 tahun mengingati wajah badut Ronald Mcdonald dengan raut watak Jesus dan Abraham Lincoln. Kenapa diorang fikir macam tu? Jangan tanya aku. Tapi kalau mengikut bancian di Malaysia, tak tau la pulak kanak-kanak kite mengenali badut Ronald dengan wajah-wajah sesapa. Bagi aku, aku lebih mengingati badut Ronald dengan watak dalam cerita Stephen King "IT".... Serammmm.

Tahukah korang, watak badut Ronald Mcdonald ni dicipta oleh Willard Scott dan ia pertama sekali muncul dikaca TV pada tahun 1963. Agak-agak korang, bagaimana rupa badut Ronald ni pada awal-awal penampilannya? Pada awal-awal penampilan, karakter Ronald ni takdelah sehensem figure sekarang. Kalau nak dibandingkan, jauh panggang dari api.


Dan pada tahun tersebut juga, Willard Scott telah mengabadikan dirinya sebagai watak Ronald Mcdonald untuk 3 iklan Mcdonald. Dan bermula pada tahun itulah watak Ronald Mcdonald wujud sebagai satu ikon kepada Restoran makanan segera no. 1 didunia itu.



Nak makan McD?

Thursday, February 9, 2012

1908 Indian Torpedo Tank Racer


Ini adalah Indian Torpedo Tank Racer. Motosikal 4 lejang berkuasa 7hp (1000cc). Dianggap antara terhebat pada zamannya. Kemuncak kejayaan adalah pada tahun 1911, apabila memenangi 3 podium teratas pada perlumbaan Isle of Man TT.

Gambar diatas diambil dalam satu pertunjukan motosikal di Half Moon Bay California dalam tahun 2008. Masih berkeadaan baik, motosikal ini masih mampu dihidupkan walaupun sudah berumur lebih seratus tahun (juga masih mengekalkan komponen-komponen yang asli).

Jake DeRosier bersama dengan Indian Track Racer no. 21. Mencatat Speed Records di US dan Britain. Brader  macho  yang menjadi motorcyclist superstar pertama didunia. Gambar sumber daripada The Vintagent



Untuk lebih kepuasan, layari laman web ini

http://thevintagent.blogspot.com Laman web rempit Vintage habis!

TRON Bike come alive!

Ini bukan main-main tau. Ini betul-betul punya..




Hasil gabungan ciptaan Parker Brothers Coppers dan Evolve Motorcycles ini telah memungkinkan realisasi pembikinan kenderaan dalam filem TRON.



Hugtime, saya suka, anda juga mesti suka

HUGTIME BEBEH!!!




Wednesday, January 11, 2012

Poster wayang owesome

Masa aku kecik-kecik, di pekan Batang Berjuntai tu ada sebuah panggung wayang. Itu adalah satu-satunye tempat untuk penduduk setempat berhibur selain daripada menonton wayang di padang sekolah. Aku, masa kecil dulu tidak pernah dibawa menonton wayang dipanggung wayang. Mungkin abah tak mampu untuk membawa kami sekeluarga. Dan apabila berpeluang mengikuti abah keluar ke pekan, maka kesempatan itu aku ambil untuk melihat panggung wayang tersebut sambil berimaginasi tentang bagaimana menonton wayang di dalam panggung tersebut. Cukup teruja melihatkan kemeriahan panggung tersebut setiap kali ada filem-filem yang mahu dipertontonkan kepada khalayak. Paling tak boleh blah dengan poster kain rentang besar atas panggung yang menunjukkan filem yang akan ditayangkan. Tak cukup dengan tu, siap akan ada hebahan dari kampung ke kampung menggunakan van atau lori macam yang korang tengok dalam filem Seniman Bujang Lapok tu. Sekarang ni panggung wayang kat pekan Batang Berjuntai tu dah takde dah. Hanya tinggal sejarah. Sekarang ni dah jadi kedai jual barang-barang murah macam kedai 2 ringgit tu.

Kenapa aku mengenang sejarah? Ini adalah sejak aku terjumpa gambar-gambar ni..... Memang tak boleh belah laaa...

Cukup beranikah anda?


Cukup beranikah anda untuk melakukan aksi ini??

Si kecil ini, Sofia Walker, dibawa mak dan ayahnya melawat Wellington Zoo di New Zealand. Sewaktu tiba masa makan singa jantan Afrika ini, Sofia dengan selamba berdiri berdekatan untuk melihat dengan lebih dekat haiwan yang selama ini hanya dilihat didalam kaca televisyen. Excited la, sebab dalam tv nampak kecik je singa tu kan. Sekali tengok live, mak datok, besar ya amat.

Sebelum itu, suka untuk aku beritahu yang singa tersebut sebenarnya berada dalam kandangnya dan dilitupi oleh dinding kaca yang cukup selamat untuk pengunjung melihat lebih dekat haiwan yang digelar King Of The Beast ini. Namun, apa yang perlu ditekankan disini ialah, keberanian beliau untuk berada berhampiran dan tanpa rasa takut terhadap haiwan tersebut. Sesuatu yang jarang-jarang kita lihat pada diri budak-budak zaman sekarang. Walaupun ada sedikit tindakan reflek sewaktu singa tersebut mula mengagah beliau, tidak seinci pun beliau berundur, mahupun menangis melolong seperti kebanyakan budak-budak sekarang. Aku sendiripun kalau kene agah begitu, mau aku berundur kebelakang.. takut juge laa.. Respek laa dik...



Sumber : www.grindtv.com

Wordless wednesday - Nenek tweety


modernasi dan globalisasi - apa kesannya terhadap edukesyen..

Setiap pagi, aku akan buka fesbuk aku untuk melihat-lihat perkembangan kawan-kawan. Memang banyak update-update wall memasing mengatakan itu dan ini. Dalam aku melungsuri fesbuk ku, ada satu page ( https://www.facebook.com/VUHelp ) mengirimkan satu video youtube. Yaa, page itu adalah dari Pakistan... so what?? Anyway, video yang dikirimkan adalah sesuatu yang membuatkan akal dan fikiran aku berfikir dan berfikir. Sedikit sebanyak ianya memberikan kesedaran kepada aku tentang modernasi dan globalisasi dan apa kesannya terhadap manusia, terutamanya terhadap sistem pendidikan.



Ya, kita semua adalah hasil dari pemodenan pendidikan ini....

Suatu Ketika - Iklan Rokok

Di Malaysia, pada masa kini, sudah tiada lagi sebarang bentuk pengiklanan yang berunsurkan Rokok. Tujuannya adalah untuk membendung gejala merokok dikalangan rakyat jelata. Adakah usaha itu berjaya? Rasanya tidak juga. Kerana manusia tetap manusia. Terlalu mudah disapa dengan godaan.

Anyway, dahulunya, syarikat-syarikat pengeluar rokok berlumba-lumba menerbitkan iklan-iklan untuk melariskan jualan mereka. Macam-macam jenis iklan yang boleh dilihat dan dibawah, aku titipkan iklan-iklan rokok yang pernah ada suatu ketika dahulu... Dan jika kalian serius mahu berhenti merokok, mungkin di BLOG ini ada tipsnya...


Saturday, January 7, 2012

Koleksi Motosikal Unik

Sudah puaskah kamu melopong dengan gambar cosplay tadi? Jika belum puas, klik sini lagi....

Hahaha... Ok, sudah puas? Jom kita layan pula koleksi motosikal-motosikal yang boleh juga dikategorikan sebagai unik. Manakah antara yang paling unik? Itu anda kena pilih sendiri... jom...

Cosplay - Koleksi yang tiada tandingannya

Cosplay, mengikut wiki ialah -
Cosplay, short for "costume play", is a type of performance art in which participants don costumes and accessories to represent a specific character or idea. Characters are often drawn from popular fiction in Japan, but recent trends have included American cartoons and science fiction.
Ramai kalangan kita adalah penggemar komik. Aku, kalau nak dikategorikan sebagai penggemar komik, adalah juga, tetapi I am not hardcore! Ya, aku suka dengan beberapa karakter dalam manga Jepun, seperti Goku dalam dragonball z, Arale dalam dr. slump dan beberapa karakter lain juga. Namun, untuk menjadi penggila komik, sehingga sanggup untuk berpakaian seperti karakter-karakter tersebut, adalah sesuatu yang tidak mungkin akan aku lakukan. Aku tidak mempunyai keberanian seperti mereka-mereka ini. Bukan senang untuk mengenakan pakaian seperti karakter-karakter tersebut, seterusnya diperagakan dihadapan orang ramai. Oleh itu, aku dengan penuh bangga, mengangkat TABIK SPRING kepada mereka-mereka ini. Mereka mempunyai kesungguhan dan keberanian yang tinggi untuk memperagakan diri mereka sebagai karakter yang mereka minati atau kagumi.

Lihat lihat gambar sambil mulut melopong......

Thursday, January 5, 2012

Fantasy orang zaman dahulu tentang masa depan (19 gambar)

Jika anda semua hidup pada zaman dahulu, agak-agaknya apa yang anda akan fantasikan masa akan datang? Bagaimana kehidupan mereka, peralatan yang mereka gunakan, kenderaan dan bermacam-macam lagi.

Berikut adalah gambaran seorang artis yang hidup pada tahun 1910. Beliau membayangkan keadaan dan kehidupan manusia dizaman abad ke-20. Sungguhpun ianya agak kelakar, namun jika diamati satu persatu, ada juga antaranya yang diadaptasikan sambil detambahkan dengan penambahbaikan agar sesuai dengan kehidupan kita sekarang. Jom kita saksikan apakah yang beliau fantasikan pada kehidupan abad ke-20.


Julia dan costume canarynya.

Pada satu hari, Julia memberitahu abahnya yang dia mahukan satu costume burung canary. Katanya, sekolah mahu mengadakan satu persembahan hari konvokesyen tadika beliau. Sambil abahnya bersetuju untuk membuat costume tersebut, Julia berfantasi tentang costume yang bakal diperagakan nanti, sambil mengenangkan bayangan burung canari yang cantik itu, mungkin secantik itulah costumenya nanti.

Tujuan beliau hanya satu, untuk menunjuk-nunjuk pada Lily, yang terlalu berlagak pagi tadi mengatakan yang costume beliau nanti adalah yang paling grand dan paling menarik antara mereka semua. Bengangnya Julia dengan kesombongan Lily, membuatkan beliau berazam dan bersungguh-sungguh benar meminta abahnya membuat costumenya nanti. Harapannya, beliau dapat menandingi kehebatan costume Lily sekaligus menenggelamkan ke'glemeran' costume beliau.

Monday, January 2, 2012

Tidak tenang

Parody.... parody.... parody.....




menurut kenalan, ini adalah baru diupload hari ini di youtube. Rambo 4 setelah diparodykan.

Untuk lain-lain video---->

Episod 1 ----> http://youtu.be/PkZQJKWmdPc
Episod 2 ----> http://youtu.be/dvOQ_zJziTE
Episod 3 ----> http://youtu.be/NlnnAclK1fA

Subscribe untuk lebih LOL -----> http://www.youtube.com/user/faradyable

6.8 magnitude gempa melanda jepun hari ini

Tahun baru dah tahun baru dah.... tapi tahukah kalian bahawa, satu gempa bumi bersakala 6.8 magnitude telah melanda kilometer 468 (302 batu) selatan-barat daya Tokyo pada kedalaman kilometer 348, menurut USGS, pada hari ini.


Tiada laporan kerosakan serius atau kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini. Amaran tsunami juga tidak dikeluarkan. 


Aku, bila sahaja terbaca berita-berita sebegini, benar-benar membuatkan aku bertambah gerun dan gementar. Kerana apa, dunia ini semakin tua dan semakin menuju ke pengakhirannya. Gerun dan gementar kerana adakah segala amalan yang baik sudah banyak dikumpul? adakah kehidupan aku didunia ini benar-benar mendapat rahmat dan keberkatanNYA? Sungguh, aku rasa terlalu kecil dan sedikit bekalanku itu...


Sumber berita : http://edition.cnn.com
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sementara itu, di Blog lain....