Botol-botol mineral yang biasanya korang buang lepas minum.. |
Di Filipina, ada sorang brader yang mengambil inisiatif menggunakan botol-botol mineral terbuang untuk dijadikan sesuatu yang berguna untuk bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi yang paling best, untuk masyarakat setempat.
Brader yang digelar orang kampung sebagai "Solar Demi" menggunakan pengetahuan beliau untuk membantu masyarakat setempat untuk menikmati kehidupan yang lebih sempurna disebalik kehidupan sedikit kekurangan yang mereka hadapi sehari-hari.
Sedikit info tentang kawasan tempat tinggal "Solar Demi"..
SITIO MALIGAYA - Sebuah penempatan miskin berdekatan dengan laluan keretapi. Rumah-rumah dibina agak rapat dan padat. Ini menyebabkan kekurangan sumber cahaya matahari masuk menembusi ruang rumah dikala siang. Jadinye, siang-siang pun rasa macam malam juga. Jadi kebanyakan penduduk jarang duduk didalam rumah. Takut-takut tersadung atau terpijak apa-apa yang merbahaya. Hatta nak bersenggama pun agak susah bagi mereka.
Jadi, untuk memudahkan orang-orang kampung Sitio Maligaya, brader solar demi mencipta satu light bub
yang super awesome menggunakan botol mineral.
Jadi, tak perlulah lagi orang kampung pasang lampu lagi di waktu siang..... Hebat kan!
No comments:
Post a Comment
Suka post/entry ini? Jom komen. Boleh juga kalau mahu lontarkan apa juga saranan dan juga penambahbaikan untuk blog ini.
Terima kasih untuk segala komen-komen anda!