Pages

Popular di Blog itu Blogger

Wednesday, January 11, 2012

Cukup beranikah anda?


Cukup beranikah anda untuk melakukan aksi ini??

Si kecil ini, Sofia Walker, dibawa mak dan ayahnya melawat Wellington Zoo di New Zealand. Sewaktu tiba masa makan singa jantan Afrika ini, Sofia dengan selamba berdiri berdekatan untuk melihat dengan lebih dekat haiwan yang selama ini hanya dilihat didalam kaca televisyen. Excited la, sebab dalam tv nampak kecik je singa tu kan. Sekali tengok live, mak datok, besar ya amat.

Sebelum itu, suka untuk aku beritahu yang singa tersebut sebenarnya berada dalam kandangnya dan dilitupi oleh dinding kaca yang cukup selamat untuk pengunjung melihat lebih dekat haiwan yang digelar King Of The Beast ini. Namun, apa yang perlu ditekankan disini ialah, keberanian beliau untuk berada berhampiran dan tanpa rasa takut terhadap haiwan tersebut. Sesuatu yang jarang-jarang kita lihat pada diri budak-budak zaman sekarang. Walaupun ada sedikit tindakan reflek sewaktu singa tersebut mula mengagah beliau, tidak seinci pun beliau berundur, mahupun menangis melolong seperti kebanyakan budak-budak sekarang. Aku sendiripun kalau kene agah begitu, mau aku berundur kebelakang.. takut juge laa.. Respek laa dik...



Sumber : www.grindtv.com

No comments:

Post a Comment

Suka post/entry ini? Jom komen. Boleh juga kalau mahu lontarkan apa juga saranan dan juga penambahbaikan untuk blog ini.

Terima kasih untuk segala komen-komen anda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sementara itu, di Blog lain....