Pages

Popular di Blog itu Blogger

Friday, May 25, 2012

Innovasi

Memandangkan sekarang aku sedang dalam rangka merencanakan inovasi untuk syarikat aku, sedikit sebanyak kajian sedang aku lakukan untuk merealisasikan rancangan syarikat aku.

Dalam aku mencari-cari artikel-artikel dan informasi-informasi yang boleh aku muatkan dalam kertas kerja aku nanti, aku tertarik dengan beberapa contoh inovasi yang telah dilakukan oleh individu dan syarikat-syarikat lain di luar sana.

Antaranya;

A - Pernah tak korang nak tuang sos yang baru bukak, pastu korang kena ketuk-ketuk bontot dia supaya sos tu keluar cepat sikit? Lepas tu, kalau dah tinggal sikit, korang akan tambahkan air dalam botol sos tu untuk keluarkan kesemua sos. Heh, aku rasa memang selalu terjadi kan. So, ini adalah satu contoh inovasi yang sangat menarik dan sangat berguna.



B - Inovasi ini membolehkan korang tak perlu lagi beli baju hujan atau tak perlu risau lagi dengan kegelojohan korang makan roti canai dengan kuah kari kambing (tumpah kuah ke baju atau seluar atau kasut).



Jadi, contoh-contoh inovasi ini membuatkan aku terfikir bahawa sememangnya tiada yang mustahil yang tidak dapat kita lakukan untuk memperbaiki dan memperkemaskan kehidupan kita seharian. Dan ini juga akan menjadi pemangkin kepada idea-idea inovasi yang boleh aku utarakan untuk kemajuan syarikat aku. OH YEAHHH!!!

credit to Izismile


No comments:

Post a Comment

Suka post/entry ini? Jom komen. Boleh juga kalau mahu lontarkan apa juga saranan dan juga penambahbaikan untuk blog ini.

Terima kasih untuk segala komen-komen anda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sementara itu, di Blog lain....