Pages

Popular di Blog itu Blogger

Sunday, October 23, 2011

Apabila tumbangnya Saudara Muammar Gaddafi..

Tumbangnya seorang lagi pemimpin yang digelar orang sebagai DIKTATOR!

Muammar Gaddafi telah memerintah Libya selama lebih kurang 42 tahun. Memang kalau difikirkan, ianya adalah satu tempoh pemerintahan yang agak lama. Namun layakkah beliau digelar sebagai diktator? Apakah makna diktator yang sebenar? Definisi diktator ini adalah diistilahkan sebagai seseorang atau penguasa sesuatu kerajaan yang memerintah dengan menggunakan kuasa mutlak tanpa menghiraukan unsur-unsur demokrasi atau pandangan ahli lain. Seseorang itu memang boleh menjadi diktator bilamana mereka terlalu lama memegang tampuk kuasa yang boleh menyebabkan mereka menjadi lupa akan tanggungjawab mereka terhadap keadilan terhadap rakyat.

Maka dengan definisi ini adakah layak saudara Gaddafi digelar sebagai diktator? Rakyat Libya telah bersuara dan telah juga menjalankan hukuman terhadap pemimpin diktator mereka.







Muammar Gaddafi berjaya ditangkap oleh penentang beliau di Sirte. Di tangkap semasa melarikan diri dari diserang pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan, Muammar Gaddafi dilihat masih hidup ketika itu. Di seret dan di bedal dengan begitu teruk sekali. Dipercayai juga Muammar Gaddafi mati ditembak oleh pejuang-pejuang yang menangkap beliau. Sadisnya kematian beliau menunjukkan betapa manusia menggunakan akal fikiran yang cukup dangkal. Keputusan dibuat berpandukan hati yang panas tanpa menggunakan akal yang waras.

Al-fatihah untuk Allahyarham Muammar Gaddafi. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan diampunkan dosa-dosanya yang lampau. Amin...

No comments:

Post a Comment

Suka post/entry ini? Jom komen. Boleh juga kalau mahu lontarkan apa juga saranan dan juga penambahbaikan untuk blog ini.

Terima kasih untuk segala komen-komen anda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sementara itu, di Blog lain....