Tahukah anda bahawa Youtube telah melakar satu lagi sejarah baru bilamana mereka telah membuat satu channel untuk diakses di angkasa lepas. So, Video Streaming sudah mencapai satu standard baru..
Jadi apa kaitannya channel ini untuk kita? Ya, kita juga boleh mendapat manfaatnya. Youtube ingin mengajak para-para pelajar seluruh dunia untuk menghantar proposal kajian yang boleh dibuat di angkasa lepas. Ini adalah macam satu pertandingan la. Ditaja dan disponsor oleh Lenovo, Space Adventures, NASA, European Space Agency (ESA), dan Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA).
Pertandingan yang telah pun dibuka sekarang, pelajar-pelajar berusia 14 hingga 18 tahun boleh menghantar sebanyak mana cadangan atau kajian-kajian yang boleh dibuat dalam bentuk video kepada youtube. Tarikh akhir penyertaan ini adalah pada 7 December 2011. Kesemua penyertaan akan dinilai oleh panel hakim terdiri dari para astronaut, chief-chief dari NASA dan Professor Stephen Hawking.
Jadi apakah hadiahnya kalau video korang terpilih?? Selain daripada usul kajian korang akan dijalankan di angkasa lepas, live streaming video juga akan disiarkan di youtube tahun hadapan. Bangga dol!!! Juga boleh dapat naik ZERO-G Flights, Lenovo IdeaPad Laptop, dan salah satu dari hadiah ini, dapat pergi ke Tanegashima Island, Japan, untuk melihat sendiri pelancaran rocket yang membawa korang nye cadangan experiment ke angkasa lepas atau peluang menjalani latihan sebagai Russian Cosmonaut di Star City, Rusia apabila anda sudah berumur 18 tahun.
Teruja? Aku memang teruja, tapi apakan daya, aku sudah terlebih umur. Jadi korang, pelajar-pelajar genius Malaysia, ambillah peluang ini. Jangan bazirkan kegeniusan anda kearah benda-benda yang tak berfaedah...
No comments:
Post a Comment
Suka post/entry ini? Jom komen. Boleh juga kalau mahu lontarkan apa juga saranan dan juga penambahbaikan untuk blog ini.
Terima kasih untuk segala komen-komen anda!