Pages

Popular di Blog itu Blogger

Monday, September 26, 2011

Top 15 negara paling laju akses Internet

Di Malaysia, kita ada banyak Internet service provider. Kita ada TM (Streamyx / UNifi), P1 Wimax, Yes dan syarikat telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan wireless broadband.



Adakah kamu sangat berbangga dengan kelajuan akses Internet kamu sekarang? Sangat laju sehingga tengok youtube pun dah takde gangguan buffering?? Hebat, bukan. Namun tahukah kamu bahawasanya kelajuan itu hanyalah dicelah-celah gigi atau hanya ibarat dial-up connection bagi sesetengah negara diluar sana??


Pando networks, satu badan bebas yang banyak mengeluarkan laporan-laporan khas berkaitan Internet Access baru-baru ini telah mengeluarkan satu laporan berkenaan 15 senarai teratas negara yang paling laju meng'akses' Internet.

Mungkin kita sentiasa merasakan yang U.S adalah salah satu top 3 atau paling busuk, top 5 dalam senarai ini. Tetapi jangkaan anda adalah silap. U.S menduduki tempat ke-26 dalam senarai dengan kelajuan purata 616KBps. Malaysia?? Hmm, apa kata kita cer tengok carta ini dahulu.



via chartsbin.com

Nah.. Ada nampak Malaysia?? Macam tak termasuk dalam senarai je. Mungkin juga Pando Networks terlupa untuk menilai atau membuat kajian di Malaysia kot. Shame on you Pando!

Anyway, Jom kita tengok senarai top 15 negara-negara paling laju meng'akses' internet dan juga konpom takde buffering masa tengok youtube (tengok youtube macam tengok TV dah gayanya).

15. Norway           - Average Connection Speed: 801 Kbits/second
14. Taiwan             - Average Connection Speed: 860 Kbits/second
13. Moldova          - Average Connection Speed: 915 Kbits/second
12. Finland             - Average Connection Speed: 917 Kbits/second
11. Netherland       - Average Connection Speed: 934 Kbits/second
10. Hong Kong      - Average Connection Speed: 992 Kbits/second
09. Denmark          - Average Connection Speed: 1,020 Kbits/second
08. Ukraine            - Average Connection Speed: 1,190 Kbits/second
07. Sweden            - Average Connection Speed: 1,234 Kbits/second
06. Japan               - Average Connection Speed: 1,364 Kbits/second
05. Latvia              - Average Connection Speed: 1,377 Kbits/second
04. Lithuania          - Average Connection Speed: 1,463 Kbits/second
03. Bulgaria           - Average Connection Speed: 1,611 Kbits/second
02. Romania          - Average Connection Speed: 1,909 Kbits/second
01. South Korea    - Average Connection Speed: 2,202 Kbits/second  


Nah.. Amacam? Masih nak bongkak dengan kelajuan internet korang? Hmm, we were just too far behind... How sad..

Untuk lebih lanjut, boleh klik SINI!

No comments:

Post a Comment

Suka post/entry ini? Jom komen. Boleh juga kalau mahu lontarkan apa juga saranan dan juga penambahbaikan untuk blog ini.

Terima kasih untuk segala komen-komen anda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sementara itu, di Blog lain....