Pages

Popular di Blog itu Blogger

Tuesday, September 27, 2011

Kapal terbang kertas - tiada kaitan dengan lagu Exist!

Terang-terang aku dah kata yang tajuk artikel ini tiada kene mengena dengan lagu kapal terbang kertas nyanyian kumpulan Exist!!

Ini adalah satu nostalgia! Sapa-sapa yang tak pernah main kapal terbang kertas masa kecik-kecik? Aku dulu selalu. Di rumah mahupun di sekolah juga. Di sekolah, kami belajar dan bermain. Masa rehat adalah masa untuk kami bermain. Makan, sume tolak tepi dulu. Aku dulu pagi sekolah kebangsaan dan petang pula sekolah agama. Walaupun nampak macam jadual padat, tapi aku cukup enjoy masa sekolah.

 Permainan kami tak terbatas. Macam-macam yang kami mainkan. Galah panjang kat court badminton, main nyorok-nyorok, main polis sentri, lawan tiup batang aiskrim dan macam-macam lagi lah. Termasuk lah juga bermain kapal terbang kertas. Walau aku dah beso panjang pun hari ni, aku masih bermain kapal terbang kertas dengan anak aku...

Korang tau macam mana nak folded kapal terbang kertas? sonang je. Tapi kali ni aku nak tunjuk macammana nak buat kapal terbang kertas jet pejuang SAAB JAS 39 GRIPEN. Sesuai dengan peredaran masa sekarang sebab kalau aku tunjuk cara nak buat kapal terbang kertas versi aku nanti korang kata ketinggalan zaman atau takde fashion langsung! So, adakah ianya mustahil? tidak. Malahan ianya seakan-akan sebijik dengan model asal. Nak tahu macammana nak buat? Jom usha...



Nah, canggih kan. SO ayah-ayah sekalian, jom kita buat ini untuk anak-anak kita. Baru gempak dowh...

No comments:

Post a Comment

Suka post/entry ini? Jom komen. Boleh juga kalau mahu lontarkan apa juga saranan dan juga penambahbaikan untuk blog ini.

Terima kasih untuk segala komen-komen anda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sementara itu, di Blog lain....