Pages

Popular di Blog itu Blogger

Sunday, November 13, 2011

Apakah cita-cita anda

Sudah agak lama aku tak update blog aku ni kan. Sori la bro, aku agak sibuk kebelakangan ini. Baru menerima ahli baru dalam keluarga membuatkan masa dan jadual aku menjadi padat dan sendat dengan bermacam-macam aktiviti harian.

Alhamdulillah, pada 2/11 hari tu, isteriku selamat melahirkan anak perempuan kami yang nombor 2.Dan sejak pada hari tu, jadual harian ku kini ku khaskan untuk isteri dan anak-anak.

Tapi bukan ini yang mahu aku ceritakan pada korang. Korang ingat suatu ketika ketika korang masih dibangku sekolah rendah, cikgu korang akan meminta korang menulis dan menyatakan hobi dan juga cita-cita korang pabila korang sudah dewasa kelak. Tipikalnya, boleh dikatakan kebanyakan dari kita akan kata yang hobi kita adalah membaca buku/mengumpul setem/bermain bola sepak. Dan cita-citanya pasti untuk menjadi cikgu/doktor/askar/polis.

Yang membuatkan aku terlalu ingin nak menulis artikel ini ialah, bilamana member isteri aku datang menziarah kami sekeluarga. Beliau merupakan seorang guru yang mengajar di sekolah rendah. Dalam rancak-rancak berborak nilah beliau buka cerita pasal hobi dan cita-cita ni. Rupa-rupanya, sebelum ni, benda tu dah di lupuskan, so ianya tiada dalam skop pengajaran. Tetapi baru-baru ini ianya telah di mulakan semula. Apa yang memeranjatkan beliau ialah, bila kertas edaran tersebut dikutip, setelah selesai anak-anak murid beliau menulis dan menyatakan hobi dan cita-cita mereka, hasilnya amat memeranjatkan. Hampir 95% anak-anak murid beliau mempunyai hobi bermain game (tak kira playstation, psp, x box atau game kat HP) dan cita-cita pulak hampir 90% bercita-cita untuk mejadi penyanyi.

Walaupun sesetengah dari kita akan berkata "alaa, biaselaa budak-budak zaman sekarang ni". Tapi sedarkah kita bahayanya? Wajarkah kita hanya duduk diam dan membiarkan sahaja anak-anak kita dibuai dengan angan-angan sebegitu? Wajarkah kita membiarkan anak-anak kita terus menghabiskan masa dengan hanya bermain game didalam rumah? Aku sebagai bapa kepada dua orang puteri kesayangan ni pun naik risau bile mengenangkan kemungkinan-kemungkinan yang bakal mereka berdua hadapi dan garapkan dalam kehidupan seharian mereka. Aku hanya mampu berdoa dan akan berusaha mendidik kedua-dua puteriku sesuai dengan peredaran zaman agar mereka tidak ketinggalan kebelakang. Kita sebagai kedua ibubapa harus menjadi pendidik paling utama dalam institusi pendidikan. Semoga anak-anak kita terhindar dari segala macam anasir-anasir yang mengajak anak-anak kita kejalan yang tak berfaedah dan melalaikan. Bak kata kawan kepada isteriku, "bagus.... berjaya sudah televisyen memperdayakan kita semua".

No comments:

Post a Comment

Suka post/entry ini? Jom komen. Boleh juga kalau mahu lontarkan apa juga saranan dan juga penambahbaikan untuk blog ini.

Terima kasih untuk segala komen-komen anda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sementara itu, di Blog lain....