Pages

Popular di Blog itu Blogger

Friday, December 2, 2011

Undilah - Video versi pakatan Rakyat pulak!


Masih korang ingat post ini dulu? UNDILAH...

Ini ada satu berita baik. Setelah melihat keberkesanan video hasil arahan Pet Teo tersebut, walaupun tak mendapat liputan yang meluas di media-media arus perdana, baik di kaca TV atau di dada-dada akhbar, Video tersebut khabarnya mendapat respon yang baik dari kalangan Youtubers. Video tersebut telahpun berjaya mendapat capaian 352,799 responder.

Dan yang menariknya, Pakatan Rakyat juga ingin mengambil pendekatan yang sama untuk mendekati pengundi-pengundi mereka dan juga bakal-bakal pengundi. Walaupun pada hemat aku, video UNDILAH versi Pete Teo adalah seperti satu madah untuk mengajak sekalian Rakyat Malaysia untuk berubah dan mengundi mengikut kebijaksanaan mereka dan seterusnya mengundilah pada kerajaan atau individu-individu yang benar-benar boleh memimpin negara kita, Malaysia. Dan secara jujurnya, itu adalah yang sepatutnya kita lakukan. Tetapi, dalam video versi Pakatan Rakyat, walaupun menggunakan latar lagu yang sama (nyanyian Namewee dan Afdlin) hanya satu madah unutk mengajak rakyat mengundi hanya pakatan rakyat dan tidak lebih dari sekadar untuk memancing undi.

Pada aku, tak kiralah korang dalam Pakatan Rakyat ke atau dari Kerajaan Pemerintah sekarang, kalau korang adil dan mengurus negara dan negeri dengan baik, itu yang akan aku sokong. Aku sebagai salah seorang warga negara dan negeri tidak ada yang terlebih ingin aku minta. Hanya sekadar cukup dengan mensejahterakan negeri dan negara agar rakyat macam aku ni dapat hidup dengan lebih selesa dan sempurna. Bukan aku tak tahu bersyukur, cuma apa lagi yang kita harapkan dari pemimpin kita selain daripada kebahagiaan dan keselesaan yang dapat kita kecapi dalam kehidupan seharian.

Okey, jom kita layan video ini..

No comments:

Post a Comment

Suka post/entry ini? Jom komen. Boleh juga kalau mahu lontarkan apa juga saranan dan juga penambahbaikan untuk blog ini.

Terima kasih untuk segala komen-komen anda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sementara itu, di Blog lain....