Pages

Popular di Blog itu Blogger

Thursday, April 12, 2012

Rare : Ronald Mc Donald..

Salam,

Dah lama aku tak menulis dan mengemaskini blog ni. Mungkin suatu masa aku patut mengambil orang gaji khas untuk mengemaskini blog ini. Ade ke bibik untuk mengemaskini laman web?

Ok, McDonald... Sape tak pernah makan di McDonald? Tipu la kalau aku cakap aku tak pernah makan kat McD.. Tapi serious, aku hanya berjaya dan mampu untuk makan dan belanja awek di McD selepas aku mula bekerja dan mempunyai hasil duit sendiri. Kalu nak dibandingkan dengan budak2 sekarang ni, rata2 umur sekecil bayi dah dibawa masuk ke kedai McD. Ini termasuklah anak-anak aku sendiri. Walaupun pernah ada ura-ura yang menggesa umat islam Malaysia untuk memboikot McD kerana dikatakan ada unsur-unsur Yahudi, namun, umat islam di Malaysia ni mana makan dek tohmahan yang sebegitu. Lagi pula, sudah berapa lama perut-perut umat islam Malaysia ni dah ditrain dengan makanan-makanan dari McD ni.

Ok, cukup dengan bebelan-bebelan yang tak berfaedah.

Hari ni aku nak ajak korang menerajah sejarah sekejap. Sejarah tentang ronald McDonald.. Berapa ramai dari korang yang tahu tentang Ronald McDonald ni? Kalau mengikut bancian yang dibuat di Amerika Syarikat, kanak-kanak berumur bawah 9 tahun mengingati wajah badut Ronald Mcdonald dengan raut watak Jesus dan Abraham Lincoln. Kenapa diorang fikir macam tu? Jangan tanya aku. Tapi kalau mengikut bancian di Malaysia, tak tau la pulak kanak-kanak kite mengenali badut Ronald dengan wajah-wajah sesapa. Bagi aku, aku lebih mengingati badut Ronald dengan watak dalam cerita Stephen King "IT".... Serammmm.

Tahukah korang, watak badut Ronald Mcdonald ni dicipta oleh Willard Scott dan ia pertama sekali muncul dikaca TV pada tahun 1963. Agak-agak korang, bagaimana rupa badut Ronald ni pada awal-awal penampilannya? Pada awal-awal penampilan, karakter Ronald ni takdelah sehensem figure sekarang. Kalau nak dibandingkan, jauh panggang dari api.


Dan pada tahun tersebut juga, Willard Scott telah mengabadikan dirinya sebagai watak Ronald Mcdonald untuk 3 iklan Mcdonald. Dan bermula pada tahun itulah watak Ronald Mcdonald wujud sebagai satu ikon kepada Restoran makanan segera no. 1 didunia itu.



Nak makan McD?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sementara itu, di Blog lain....