Pages

Popular di Blog itu Blogger

Wednesday, January 11, 2012

Poster wayang owesome

Masa aku kecik-kecik, di pekan Batang Berjuntai tu ada sebuah panggung wayang. Itu adalah satu-satunye tempat untuk penduduk setempat berhibur selain daripada menonton wayang di padang sekolah. Aku, masa kecil dulu tidak pernah dibawa menonton wayang dipanggung wayang. Mungkin abah tak mampu untuk membawa kami sekeluarga. Dan apabila berpeluang mengikuti abah keluar ke pekan, maka kesempatan itu aku ambil untuk melihat panggung wayang tersebut sambil berimaginasi tentang bagaimana menonton wayang di dalam panggung tersebut. Cukup teruja melihatkan kemeriahan panggung tersebut setiap kali ada filem-filem yang mahu dipertontonkan kepada khalayak. Paling tak boleh blah dengan poster kain rentang besar atas panggung yang menunjukkan filem yang akan ditayangkan. Tak cukup dengan tu, siap akan ada hebahan dari kampung ke kampung menggunakan van atau lori macam yang korang tengok dalam filem Seniman Bujang Lapok tu. Sekarang ni panggung wayang kat pekan Batang Berjuntai tu dah takde dah. Hanya tinggal sejarah. Sekarang ni dah jadi kedai jual barang-barang murah macam kedai 2 ringgit tu.

Kenapa aku mengenang sejarah? Ini adalah sejak aku terjumpa gambar-gambar ni..... Memang tak boleh belah laaa...











No comments:

Post a Comment

Suka post/entry ini? Jom komen. Boleh juga kalau mahu lontarkan apa juga saranan dan juga penambahbaikan untuk blog ini.

Terima kasih untuk segala komen-komen anda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sementara itu, di Blog lain....