Pages

Popular di Blog itu Blogger

Thursday, January 5, 2012

Julia dan costume canarynya.

Pada satu hari, Julia memberitahu abahnya yang dia mahukan satu costume burung canary. Katanya, sekolah mahu mengadakan satu persembahan hari konvokesyen tadika beliau. Sambil abahnya bersetuju untuk membuat costume tersebut, Julia berfantasi tentang costume yang bakal diperagakan nanti, sambil mengenangkan bayangan burung canari yang cantik itu, mungkin secantik itulah costumenya nanti.

Tujuan beliau hanya satu, untuk menunjuk-nunjuk pada Lily, yang terlalu berlagak pagi tadi mengatakan yang costume beliau nanti adalah yang paling grand dan paling menarik antara mereka semua. Bengangnya Julia dengan kesombongan Lily, membuatkan beliau berazam dan bersungguh-sungguh benar meminta abahnya membuat costumenya nanti. Harapannya, beliau dapat menandingi kehebatan costume Lily sekaligus menenggelamkan ke'glemeran' costume beliau.

 Tiba masa yang dinantikan, pada masa persembahan hampir berlangsung, Julia ternanti-nanti, dimana costume yang dijanjikan abahnya? Beliau mula keluh kesah, dimana pulak abahku ini? Sudah lupakah janjinya semalam? Beria-ia benarnya abahnya semalam memberitahu yang costumenya akan dihantar tatkala persembahan akan berlangsung. Surprise, katanya. Melihatkan Lily mula memperagakan costume burung apetah, membuatkan Julia lebih menyampah dan meluat... Tiba-tiba namanya dipanggil. YES... Costumeku sudah tiba... Tunggu kau Lily. Pasti kau akan tercengang melihatkan kehebatan costume ku nanti. Hahahaha... Tanpa aku melihat-lihat dulu costume tersebut, kurampas dengan ganas, dan meluru ke ruang salinan yang agak kelam dan suram dengan hanya sedikit lampu yang memancar. Iyelah, takut kalau terang-terang sangat, orang boleh nampak dan sekodeng kami tukar baju, iye tak? Lalu setelah selesai aku mengenakan costumeku, lantas aku meluru keluar untuk ku peragakan pada kawan-kawanku dulu. Ternyata mereka kelihatannya tercengang seakan-akan terpegun dengan kehebatan costumeku. Lebih-lebih lagi Lily... Beliau hampir-hampir terpengsan tatkala melihat costumeku... Hahaha... aku berjaya. Rasakan kau Lily. Baru kau tahu kehebatanku. Sambil aku berlalu dengan bangga, melurulah aku kecermin, untuk men'tacap' serba sedikit, kalau-kalau ada yang tersenget atau apa. Maklum, didalam bilik persalinan tadi, tiada cermin untuk aku melihat-lihat sambil berposing-posing. Namun alangkah terkejutnya aku setelah melihat diriku dicermin..... ABAHHHHHH!!!!!
Ini bukan costume burung canary yang cantik... ini dah macam costume burung gagak.... arghhh... patutpun mereka tercengang tadi.. patutpun Lily hampir pengsan..... Tiba masa persembahan, dengan longlainya tetapi penuh bersikap professional, Julia teruskan juga persembahan itu. Dan abah dengan mummynya, dengan rasa tak bersalahnya, mengambil gambar-gambar kandid sambil menahan perut, gelihati.....

Julia sebelum persembahan. Disebelahnya, Lily.

Julia semasa persembahan.
Selesai persembahan, Julia terus meluru ke abahnya sambil mengajak pulang segera kerumah. Beliau masih menanti-nanti didepan leptopnya, kalau-kalau ada gambarnya ditrolkan dalam fesbuk atau youtube....

DISCLAIMER: ini adalah cerita rekaan. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati.

No comments:

Post a Comment

Suka post/entry ini? Jom komen. Boleh juga kalau mahu lontarkan apa juga saranan dan juga penambahbaikan untuk blog ini.

Terima kasih untuk segala komen-komen anda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sementara itu, di Blog lain....