Pages

Popular di Blog itu Blogger

Monday, November 28, 2011

Kenapa aku mencuri.

Salam..

Aku dah lama teringin nak buat entry yang agak berat untuk ditulis. Pada malam ni kebetulan sebelum menunggu game Manchester City lawan ngan Liverpool, dan selepas kecewa dengan kegagalan Harimau Muda gagal dalam usaha ke Olimpik London, aku layan cerita kat Astro Prima ni. Tajuknya kenapa aku mencuri. Tajuk cerita ni biase je. Tapi bile dilayankan cerita tu, memang tertanam banyak cerita dan permasalahan dikalangan manusia.

Apa yang membuatkan aku terfikir untuk menulis berkaitan dengan cerita ini adalah, bagaimana dan masih adakah lagi kelompok manusia atau keluarga yang dihimpit atau terhimpit dengan permasalahan yang sama? Masih adakah keluarga yang terhimpit dengan kesempitan hidup yang membuatkan mereka berfikir untuk melakukan perkara yang sama? Mencuri ini ada dua kemungkinan yang memungkinkan pelaku melakukan perkara tersebut. Sama ada mereka memang mahu melakukannya atau mereka terdesak untuk melakukan.

Sedar atau tidak, kita sebenarnya sedang dihimpit oleh berbagai tekanan. Dan yang paling utama adalah tekanan kewangan. Wang sememangnya telah memainkan peranan yang terlalu penting dalam kehidupan seharian. Dan sedar tak sedar kebanyakan kita memang telahpun menjadi hamba kepada duit itu sendiri. Bila duit menjadi tuan, macam-macam perkara boleh terjadi. Kenapakah kita menjadi hamba duit? Kerana akal dan fikiran kita telah dikunci dengan perkataan "semua benda memerlukan duit".

Jangan kita hipokrit dengan mengatakan kita tidak tergolong dalam golongan tu. Tetapi, bersyukurlah jika kita benar-benar tidak menjadi hamba kepada sekeping kertas. Aku, ikhlasnya tergolong dalam golongan mereka-mereka yang menghambakan duit. Aku terpaksa untuk mengatakan sedemikian kerana dalam kehidupan kita seharian, duit adalah segalanya.Sedihnya untuk menyatakan hakikat, tetapi itulah dia.

Jadi, kenapa aku mencuri? Persoalan tentang penghambaan duit adalah jawapannya. Dalam konteks cerita ni, si pelaku melakukan kecurian disebabkan oleh desakan hidup dan tekanan yang diberikan oleh orang sekeliling. Itulah, selagi wujudnya jurang pemisah antara sikaya dengan simiskin, selagi itulah perkara sebegitu akan terjadi. Simiskin terus terhimpit dengan tekanan hidup dan sikaya terus mengkayakan dirinya. Benar, kita akan berkata bahawa, dengan didikan agama dan sentiasa hidup dalam landasan agama, dapat menghalang kita dari mealakukan perkara yang terlarang. Ya, memang aku setuju sangat-sangat. Namun, bagaimana dengan mereka-mereka terutamanya simiskin yang terpinggir dan tercicir dari mempelajari agama atau memahami ajaran agama?

Jadi, belajarlah pemahaman agama agar hidup lebih teratur dan selamat kerana untuk semua perkara didunia, agama adalah jalan penyelesaian. Lebih-lebih lagi agama kita, ISLAM. Berusahalah untuk berubah dan InsyaAllah jalan kita akan dipermudahkan. Berhijrahlah untuk kebaikan dan pupuklah semangat setiakawan dan sentiasa ingat mengingati. Jurang pemisah haruslah dihapuskan agar kita semua dapat kehidupan yang lebih harmoni. Dan sempena dengan tahun baru hijrah ni, berusahalah untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Semoga nilai sekeping kertas takkan memporakperandakan kita semua.

Salam Maal Hijrah!

No comments:

Post a Comment

Suka post/entry ini? Jom komen. Boleh juga kalau mahu lontarkan apa juga saranan dan juga penambahbaikan untuk blog ini.

Terima kasih untuk segala komen-komen anda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sementara itu, di Blog lain....