Pages

Popular di Blog itu Blogger

Friday, December 30, 2011

mface???

mface... Satu lagi produk baru di pasaran...



apa-apa pun, gua rase, facebook pun dah cukup lah...

Tuesday, December 20, 2011

Mozilla - Sebuah cerita

Korang kenal dengan logo ini? Ini adalah logo Mozilla. Mozilla adalah kesinambungan kepada Netscape Communication Corp. yang sudah tidak lagi wujud dan sudahpun malfunctioning.

Mozilla Foundation dikendalikan oleh beratus/beribu sukarelawan yang bertungkus-lumus membangunkan medium ini dan seterusnya mewujudkan pelayaran internet yang lebih selamat dan effisien.

Mozilla Foundation juga yang telah bertanggungjawab mewujudkan platform pelayar yang dikenali sebagai Firefox dan juga platform email Thunderbird. Yeah, mereka-mereka sukarelawan ini setiap hari bertungkus lumus memerah otak mencari idea-idea baru dan mencari jalan supaya korang boleh melayari internet dengan lebih selamat.

Bila bercakap mengenai sukarelawan, pastinya mereka bekerja secara percuma tanpa memikirkan apa-apa balasan.

Aku, telah menggunakan firefox sejak lama dahulu hingga sekarang. Dan setakat hari ini, aku amat-amat berpuas hati dengan firefox. Terima kasih mereka-mereka di Mozilla Foundation...

Dan ini, adalah cerita mozilla...

Sunday, December 18, 2011

Blog post on the go?

Aku kini Sudah boleh update blog dengan menggunakan my htc droid.. huhu, nampaknya sudah terlalu deras arus pemodenan, kan.
Ini Hanya satu post pendek dari aku. Hingga ketemu lagi..

posted from Bloggeroid

Friday, December 2, 2011

Undilah - Video versi pakatan Rakyat pulak!


Masih korang ingat post ini dulu? UNDILAH...

Ini ada satu berita baik. Setelah melihat keberkesanan video hasil arahan Pet Teo tersebut, walaupun tak mendapat liputan yang meluas di media-media arus perdana, baik di kaca TV atau di dada-dada akhbar, Video tersebut khabarnya mendapat respon yang baik dari kalangan Youtubers. Video tersebut telahpun berjaya mendapat capaian 352,799 responder.

Thursday, December 1, 2011

Betul punya marah!

Ini memang betul-betul mengundang kemarahan. Mana taknya, program TV yang disiarkan untuk tatapan semua dan diklasifikasikan sebagai tayangan umum, boleh jadi lagu ni pulak!!! Shame on you!!!



Mane member tak marah, iye dak??

Wednesday, November 30, 2011

Kenapa superhero tak join social networking

Entry kali ni agak diluar kotak pemikiran sikit.

Agak-agak korang laa, kenapa superhero-superhero takde yang nak join social networking ye. Walhal, social networking ni punye la popular seluruh dunia, tak kire makcik tue, nenek atau atuk-atuk, semua nak join.


superman

Hahaha… rupenye takut kantul macam Si Clark Kent (aka Superman) daa..

Mentaliti

Hari ni aku nak bercakap mengenai mentaliti. Tau tak mentaliti tu ape?? mengikut kata Thesaurus, mentaliti bermaksud :

sikap mental kebiasaan atau ciri-ciri yang menentukan bagaimana anda akan menafsirkan dan merespon situasi

Cuba lihat mentaliti ini..

DSC01975

Sikap dan pemikiran manusia memang sukar untuk diubah.. Jadi apakah mentaliti anda??

Kehebatan Manusia

Kita selalu membicarakan tentang kehebatan.. orang tu hebat itu, orang tu hebat ini… sememangnya manusia ialah satu makhluk Allah yang terhebat! itu ialah satu fakta yang paling tepat. Kita semua boleh buat satu-satu bende kalau kite betul-betul menginginkannya. Bak kata seseorang kepada aku..

Kita adalah apa yang kita fikirkan!

Memang benar pun kata-kata tersebut. Jangan kita kata mustahil sedangkan kita belum pun mencuba!

Jom kita saksikan satu video yang aku rase boleh motivate korang supaya tersemat dalam diri kita, KITA BOLEH MELAKUKANNYA! YAHOOOOO!

Hebat kan manusia?? Korang boleh buat? AKu??? boleh jee.. hahaha..

 

4FC967806F1F0B921BE9A848F5B510EF

Kalau ade kt Malaysia camni..

Tengah aku dok merayap-rayap kat youtube, terjumpa lak video ni. Nak kata lawak pon tak jugak, nak kata serious pon tak jugak.. Tapi aku bajet, kalau laa kejadian ni ade kat Malaysia, mungkin aku orang pertama yang nak sertai.. hahaha..

 

Ishh, kalau ada kat Malaysia camni, aku nak jadi salah seorang penumpang… baru terkulat-kulat mata memandang.. hahaha..

Monday, November 28, 2011

Kelayakan Olimpik Zon Asia - Harimau muda lawan Bahrain


Tengok skuad harimau muda fight dengan bahrain tadi memang sesuatu yang sangat-sangat FUUUUUUUUUUUUU. Bukan nak menjatuhkan, tetapi sudah terlalu bosan, aku sebagai peminat tegar bolasepak negara, melihat kelibat diorang-diorang ni bermain bola. Bukan takde peningkatan, ada. Cumanya terlalu banyak posisi dan corak permainan yang perlu dipertingkatkan. Kalau tak, hanya gelaran raja Asean aje laa yang boleh kita banggakan, sedangkan, aku sebagai peminat, amat mengharapkan sesuatu yang boleh kami banggakan. Untuk pengetahuan, Malaysia tewas 3-2 setelah mendahului 2-0 dan menentang Bahrain yang bermain hanya 10 orang (sorang kene red card).

Barangkali kita hanya boleh berbangga dengan gelaran RAJA BOLASEPAK ASEAN....

Baca ini untuk lebih kepuasan membaca berita bolasepak.. Bolasepak Malaysia dan ASEAN

Kenapa aku mencuri.

Salam..

Aku dah lama teringin nak buat entry yang agak berat untuk ditulis. Pada malam ni kebetulan sebelum menunggu game Manchester City lawan ngan Liverpool, dan selepas kecewa dengan kegagalan Harimau Muda gagal dalam usaha ke Olimpik London, aku layan cerita kat Astro Prima ni. Tajuknya kenapa aku mencuri. Tajuk cerita ni biase je. Tapi bile dilayankan cerita tu, memang tertanam banyak cerita dan permasalahan dikalangan manusia.

Monday, November 21, 2011

MRI Scan. Ini memang mimpi ngeri!



MRI Scanner adalah satu alat bantu di Pusat-pusat kesihatan yang mana digunakan untuk mengesan apa-apa jua keadaan yang normal tak normal didalam anggota badan kite.

Namun bagaimana kalau alat yang canggih ini digunakan sebagai satu prank? Hmm, ini adalah hasilnya..



Ini memang betul-betul scary movie!!!

Draw a Vermeer with one line only!



Very cool commercial by Faber Castell.


Faber Castell from eric yeo on Vimeo.


Sumber :http://www.walltowatch.com/view/1251

Berhati-hati dengan pemilihan PASWORD!

Password... Memang ianya adalah suatu bende yang amat mustahak untuk mengelakkan pencerobohan keatas mana-mana akaun yang kita hasilkan. Lebih-lebih lagi untuk akaun-akaun penting dan peribadi kita.

Tapi tahukah anda ada juga dikalangan kita mengambil jalan mudah dalam penghasilan password atau kata kunci. Alasan? kerana takut terlupa dan mudah nak ingat. Password atau kata kunci yang mudah seringkali menjadi mangsa penceroboh-penceroboh maya untuk mengakses akaun-akaun kita dan seterusnya menghebah atau mencuri data-data penting dan lebih teruk mencuri hasil keringat (untuk akaun bank) kita.

Sukan SEA ke-26, Ini memang takde telo!

Sukan SEA ke-26, ialah satu temasya sukan yang dianggap berprestij di Asia Tenggara ini kerana menghimpunkan atlit-atlit sukan dari semua negara-negara anggota ASEAN. Seharusnya temasya sukan yang sebegini akan menghadirkan atau membangkitkan atlit-atlit ASEAN supaya dapat dicungkil bakatnya seterusnya bakal mengharumkan nama ASEAN dipersada dunia dengan dapat bersaing dengan atlit-atlit dunia lain.

Sunday, November 13, 2011

Apakah cita-cita anda

Sudah agak lama aku tak update blog aku ni kan. Sori la bro, aku agak sibuk kebelakangan ini. Baru menerima ahli baru dalam keluarga membuatkan masa dan jadual aku menjadi padat dan sendat dengan bermacam-macam aktiviti harian.

Alhamdulillah, pada 2/11 hari tu, isteriku selamat melahirkan anak perempuan kami yang nombor 2.Dan sejak pada hari tu, jadual harian ku kini ku khaskan untuk isteri dan anak-anak.

Angry Birds The Movie Trailer

Korang peminat Angry Birds? Atau anak-anak korag yang minat ngan Angry Birds? Tak kisah lah. Jom layan trailer Angry Birds the movie ini... Betul ke?



LOL!!!

Tuesday, October 25, 2011

Makanan pelik. Only in Japan!

Apa benda paling pelik pernah korang makan?? Ini, walapun sebenarnya bukanlah pelik sangat, cuma mungkin ianya exotic... AHHH, LOOK AT THE EYE!!!!


Siapakah yang membunuh Allahyarham Muammar Gaddafi?

Sebelum engkau orang semua tengok video youtube nih, jom kita kenang sejenak apa yang Allahyarham dah lakukan untuk rakyat negara Libya. Disebalik kediktatoran yang diperkatakan dan diistilahkan kepada beliau, adakah tiada satupun kebaikan yang telah diberikan untuk rakyat Libya?

Jawapan untuk soalan diatas ialah, YA, memang ada.. antara apa yang telah diberikan untuk rakyat Libya adalah :-

1. Elektrik & Air Percuma untuk unit kediaman

2. 1 liter petrol bersama 0,08 EURO

3. TIADA CUKAI, PERCUMA

4. Pelajar yang belajar di luar negara menerima gaji 1627 Euro

5. Setiap pelajar yang tamat pengajian akan mendapat gaji sehingga dia mendapat kerja

6. Setiap keluarga Libya mendapat 300 Euro setiap bulan selagi mereka berdaftar

7. Pasangan yang baru berkahwin akan menerima tanah berkeluasan 150 meter persegi bagi tujuan pembinaan rumah kediaman

Dan sekarang jom kita saksikan Video ini.

Pilihan Cover Album paling Tak Boleh Blah (16 Gambar) - PART 2

Ingat lagi post yang ini?

pilihan cover album paling tak boleh blah

Hari ni aku kasi bikin sambungannya... enjoy!


Sunday, October 23, 2011

Apabila tumbangnya Saudara Muammar Gaddafi..

Tumbangnya seorang lagi pemimpin yang digelar orang sebagai DIKTATOR!

Muammar Gaddafi telah memerintah Libya selama lebih kurang 42 tahun. Memang kalau difikirkan, ianya adalah satu tempoh pemerintahan yang agak lama. Namun layakkah beliau digelar sebagai diktator? Apakah makna diktator yang sebenar? Definisi diktator ini adalah diistilahkan sebagai seseorang atau penguasa sesuatu kerajaan yang memerintah dengan menggunakan kuasa mutlak tanpa menghiraukan unsur-unsur demokrasi atau pandangan ahli lain. Seseorang itu memang boleh menjadi diktator bilamana mereka terlalu lama memegang tampuk kuasa yang boleh menyebabkan mereka menjadi lupa akan tanggungjawab mereka terhadap keadilan terhadap rakyat.

Maka dengan definisi ini adakah layak saudara Gaddafi digelar sebagai diktator? Rakyat Libya telah bersuara dan telah juga menjalankan hukuman terhadap pemimpin diktator mereka.







Muammar Gaddafi berjaya ditangkap oleh penentang beliau di Sirte. Di tangkap semasa melarikan diri dari diserang pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan, Muammar Gaddafi dilihat masih hidup ketika itu. Di seret dan di bedal dengan begitu teruk sekali. Dipercayai juga Muammar Gaddafi mati ditembak oleh pejuang-pejuang yang menangkap beliau. Sadisnya kematian beliau menunjukkan betapa manusia menggunakan akal fikiran yang cukup dangkal. Keputusan dibuat berpandukan hati yang panas tanpa menggunakan akal yang waras.

Al-fatihah untuk Allahyarham Muammar Gaddafi. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan diampunkan dosa-dosanya yang lampau. Amin...

Wednesday, October 19, 2011

Amber Cole - Satu peringatan!

Tahukah korang cerita yang tengah sensasi sekarang di Internet?? Antaranya adalah cerita berkenaan dengan Amber Cole. Who's the fuck is Amber Cole? Korang kenal? Model hot? Artis barat yang super sexy? Seorang penemu kajian yang dahsyat? atau seorang model playboy???


The coolest way to quit your faking job!

Saya rasa, saya juga mahu berbuat sedemikian.... COOLLL!!!!


Sunday, October 16, 2011

Saturday, October 15, 2011

Rentetan kisah Huaxi - Perkampungan super hebat!

Korang teringin nak duduk Huaxi??

Huaxi - Dari kampung sunyi sepi kini jadi perkampungan mewah gila babas

Rakyat republik China memang dahsyat. Kalau tak dahsyat, camne diorang beat ekonomi kuasa-kuasa besar imperialis barat.

Disebalik kehangatan mereka untuk menjadi kuasa besar ekonomi dunia, tidaklah mereka membelakangi rakyat yang bersusah payah bekerja untuk meralisasikan impian mereka itu. Tetapi ada harga yang perlu dibayar!

Ini adalah sebab aku suka Blog Serius!

Kalau korang masih ingat Post INI, pasti kamu kene juga tahu tentang hal ini.

Tuesday, October 11, 2011

Pilihan Cover Album paling Tak Boleh Blah (10 Gambar) - PART 1

Ini memang tak boleh blah.....


Youtube SpaceLab Channel

Tahukah anda bahawa Youtube telah melakar satu lagi sejarah baru bilamana mereka telah membuat satu channel untuk diakses di angkasa lepas. So, Video Streaming sudah mencapai satu standard baru..

Don't mess with the wildlife

Gilababas.......



I guess that was not your lucky day, son!

Memperingati 26 tahun kelahiran Volvo 480ES

Apa yang best mengenai model volvo ini? Ok, korang familiar dengan model-model kereta Volvo tak? Model Volvo yang korang kenal sekarang kebanyakannya adalah pacuan 4 roda ataupun pacuan depan. Tapi tahukah kamu bahawa model-model awal Volvo semenjak tahun 1927 adalah dipacu oleh pacuan roda belakang?

Eksklusif - Temuramah Wayne Rooney

Ini memang satu temuramah yang eksklusif gile..



Credit to Faradyable!

Monday, October 10, 2011

Ini adalah nostalgik

Sape tak pernah tengok Faces of Death? Kalau korang ada hidup zaman 90-an, siri ini adalah sangat popular. Sila kembalikan nostalgia anda..

Ini ialah teka teki

Teka teki teka tekuk, ulo mati hisap rokok...

Ini memang SWEET sangat!

Ini memang sangat SWEET! da da da da da da.......



Ini adalah satu contoh kegilaan

Kecut telo aku tengok diorang nih!

Friday, October 7, 2011

Apa yang kita boleh buat dengan tangan kita

Apa agaknya yang kita boleh buat dengan menggunakan tangan kita? Banyak kan.. Ini ada satu contoh benda best yang kita boleh buat dengan tangan kita.


Sumber dari modernmechanix.com

Ini memang SWEET macam gula-gula part 2

Korang dah rasa SWEET macam ini? Kalau belum ini ada satu lagi yang SWEET macam gula-gula jugak..



Atuk memang sweet laaa...

Cool! begini rupanya kalau dalam slow motion

Ini adalah time wrap, everybody!



Epic Meal Time

Ini memang betul-betul epic!!!

Wednesday, October 5, 2011

Ini betul-betul inspirasi - sportmanship tiada batasan

Ini memang satu inspirasi!


Tablet pc termurah dari India

Kalau dulu India sudah berjaya buat kereta paling murah didunia, kini India boleh berbangga sekali lagi dengan kemunculan Tablet pc termurah dari mereka. Harganya baru USD35. Ini memang betul-betul gila kentang.

Tuesday, October 4, 2011

Undilah


Ini adalah video yang dibikin oleh saudara Pete Teo. Video yang mengajak rakyat Malaysia mendaftar sebagai pemilih dan seterusnya mengundi pada pilihanraya akan datang. Video ini memang best dan banyak artis-artis yang turut serta support antaranya Afdlin, Wardina, Baki Zainal, Daphne Iking, Bront Palarae, NameWee(?) dan ramai lagi Malaysian yang turut serta. Paling best, ada Tengku Razaleigh Hamzah. Baru released beberapa minggu yang sudah (pada Hari Malaysia - 16th September 2011).

Monday, October 3, 2011

Bila Mr. Gene Simmons berkahwin.

Gene Simmons ( Front-man kumpulan KISS) akan berkahwin doh. Ya, ini adalah benar. Gene Simmons masih bujang dan dia berumur 62 tahun. Siapakah dia wanita yang bertuah, bakal menjadi Mrs. Simmons? Dia adalah Shannon Tweed.


Mr. Simmons ni walaupun dah nak berkahwin dan beliau memang sangat-sangat mencintai shannon tweed, beliau tidak akan melafazkan ikrar kejujuran untuk setia pada Shannon seorang. Dalam banyak benda, yang itu Gene Simmons tak boleh nak gerenti. Truly honest! But, Mrs Simmons will be, still will accept him. Dunia... dunia....

Lagi untuk berita penuh : inquisitrlogo

Ini adalah pemikiran luar kotak

Dalam dunia ni, ada macam-macam jenis orang. Disekeliling kamu juga, kamu boleh lihat ada bermacam-macam perangai manusia. Itulah yang dinamakan manusia. Ada otak dan ada fikiran. Jadi, jika manusia mula berfikir diluar kotak pemikiran dan miminggirkan kewarasan otak untuk berfikir, inilah jadinya. Mereka ada alasan tersendiri? LMAO!


Ini memang seram doh


Andrew Dasilva memuat naik imej kelibat seorang gadis yang dipercayai sebagai hantu di YouTube.

Cover line sikit - Hati-hati ketika berjalan

Pernah korang mengalami kejadian sebegini? Aku pernah, dan aku juga terpaksa cover line...

Set patung mainan tapi bukan untuk anak-anak kecil.

Budak kecik dan permainan adalah bagaikan aur dengan tebing. Ibarat isi dengan kuku. Namun ada juga permainan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak kecil ini. Apa ke gila cipta permainan yang sebegini?


Friday, September 30, 2011

Ini adalah breakdancing

Ini adalah breakdancing. Anyone nak challenge! ayoh!

Ini memang SWEET macam gula-gula

Korang ada pernah terfikir macam mana agaknya kalau atuk / nenek korang baru-baru nak berjinak-jinak dengan bidang IT or Internet? Aku tak dapat nak bayangkan, sebab atuk & nenek aku dah takde.

Thursday, September 29, 2011

Susu juga boleh jadi macam-macam

Kamu suka minum susu atau tidak? Aku, tidaklah berapa suka. Kalau minum teh / nescafe campur susu tu ok la juga. Tapi kalau susu tu dicampurkan dengan kellog's Coco Crunch, memang sedap.

Tapi tahukah kamu, apa lagi yang kita boleh lakukan dengan susu selain daripada meminum dan menumpahkan ke lantai?



Tuesday, September 27, 2011

Will it wheelie mister?

Motor GP - Remote control? Cam menarik je..




Thanks Mohd. Al-hakim for the video

Kapal terbang kertas - tiada kaitan dengan lagu Exist!

Terang-terang aku dah kata yang tajuk artikel ini tiada kene mengena dengan lagu kapal terbang kertas nyanyian kumpulan Exist!!

Ini adalah satu nostalgia! Sapa-sapa yang tak pernah main kapal terbang kertas masa kecik-kecik? Aku dulu selalu. Di rumah mahupun di sekolah juga. Di sekolah, kami belajar dan bermain. Masa rehat adalah masa untuk kami bermain. Makan, sume tolak tepi dulu. Aku dulu pagi sekolah kebangsaan dan petang pula sekolah agama. Walaupun nampak macam jadual padat, tapi aku cukup enjoy masa sekolah.

Monday, September 26, 2011

10 perkara yang boleh mendedahkan rumah kita kepada pencuri.

Walaupun kerajaan dan media massa dah banyak kali bagitau, tapi atas dasar khidmat sosial blog itu blogger, aku ingin lagi sekali memberitahu apa 10 perkara yang boleh mendedahkan rumah kamu kepada si pencuri.

Perkara yang patut kamu tahu jika benar kamu peminat setia Star Wars!

Ini adalah perkara yang kamu tak tahu tapi sebenarnya kamu akan tahu juga selepas aku bagitahu kamu semua. Ke korang dah tahu???

Anatomi manusia

Sila menyukakan diri anda. Aku malas nak tulis panjang-panjang. Enjoy the piccass..

1302540610

Boeing 787 Dreamliner

Untuk para penggemar Aeronotik sekalian. Tahukah kalian yang Boeing sudah pun berjaya menyiapkan baby barunye Boeing 787 Dreamliner?

Boeing787DreamlinerCarles
Belum siap lagi

boeing_7871-300x236
Dah siap... YAHOOO!


Top 15 negara paling laju akses Internet

Di Malaysia, kita ada banyak Internet service provider. Kita ada TM (Streamyx / UNifi), P1 Wimax, Yes dan syarikat telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan wireless broadband.



Adakah kamu sangat berbangga dengan kelajuan akses Internet kamu sekarang? Sangat laju sehingga tengok youtube pun dah takde gangguan buffering?? Hebat, bukan. Namun tahukah kamu bahawasanya kelajuan itu hanyalah dicelah-celah gigi atau hanya ibarat dial-up connection bagi sesetengah negara diluar sana??


Saturday, September 24, 2011

SUNTUT.

Korang pernah kene suntut? Dulu masa sekolah rendah, budak-budak memang suka suntut bontot. Nak-nak time sembahyang. Hahaha.. miss that day...

Anyway, kat dunia ni memang ada bermacam-macam cara orang nak buat hiburan atau nak cari hiburan. Ada yang menggunakan kaedah atau etika yang betul. Dan ada pula yang menggunakan kaedah-kaedah atau etika yang tak masuk akal.

Nipple Bleeding - Benar atau mitos?

Kepada semua kaum adam, especially yang suka belari dan kuat berpeluh. Tak kisah lari dari rumah atau lari merentas desa, korang tau tak atau pernah korang mengalami kesakitan ini? Aku pernah, tapi belum sampai tahap berdarah sebab aku hanya lari-lari anak dan kerap kali ketika acara merentas desa masa sekolah dulu aku kerap beri alasan-alasan yang superb.

Herman Nitch - Art yang unik

Kenal tak korang dengan Herman Nitch?? Alaa, korang mana kenal. Kalau neelofa ke, fasha sandha ke, miera lyana ke, kenal laa korang, ye tak. FUCK!

Friday, September 23, 2011

Cara-cara mengelakkan kentut.

Shit! Boleh cuba nih!

Gamarjobat

Korang pernah dengar nama Gamarjobat? Diorang ni pelawak jepun yang sudah Internasionale! Dianggotai oleh Ketch! (si rambut mohawk merah) dan Hiro-Pon (di mohawk kuning).

Jom layan salah satu persembahan dari diorang!

Thursday, September 22, 2011

Kalau Kurt Cobain masih hidup

Hey korang, yang still thinking that grunge will never die. Yang masih mengimpikan lagu-lagu dari kumpulan Nirvana. Yang masih memikirkan kalau-kalau Kurt Cobain masih hidup..

Yes, apa agaknya yang berlaku jika tragedi tahun 1994 tu tidak meragut nyawa idola korang kan??

Dalam satu issue SPIN's keluaran April 2004, one of the senior writer, Mr. Chuck Klosterman ada membangkitkan satu soalan yang membuatkan semua orang terpinga-pinga...
What would have happened if Cobain lived
 So, kalau korang nak tau teori Mr. Klosterman berkenaan hal ini, jom kite terjah

TEORI KLOSTERMAN KALAU COBAIN MASIH HIDUP!

Thanks to SPIN's

Wednesday, September 21, 2011

Geli mat, mat, mat

Korang pernah tengok video tu? Geli mat yang diolah maksud mengikut lenggok bahasa itu sendiri memang menjadi satu legend yang seterusnya menjadi ikutan ramai orang. Ramai orang share video tersebut, tak kire dalam Facebook ke atau blog-blog. Malahan ada juga yang tempelkan kat friendster (ade lagi ke friendster??).

Tuesday, September 20, 2011

Boot up screen pada video game console

Korang gile game? Layakkah korang digelar Gamers terulung kalau korang tak tahu / tak ingat boot up screen video game console korang?


Iklan paling annoying - betul ke?

Sehari-harian kita berhadapan dengan iklan. Antara dengan sedar atau tidak. Ada antaranya boleh kita hadapai dengan penuh rasa terbuka dan gembira. Ada juga kalanya rasa macam nak bagi penumbuk besi kat tengah-tengah dahi.


Sambungan kronologi Microsoft Windows

Eh, hari ni harijadi Bill Gate ke ape?? Ape ke gile post banyak-banyak pasal Microsoft? Nak ngurat anak Bill Gate??

Jennifer Katharine..
Hey, Jennifer Katharine tu agak hot jugak kan??

Monday, September 19, 2011

Windows 8 - Kronologi Microsoft windows

Apakah yang korang tahu mengenai Microsoft Windows? Korang kenal atau ingat setiap version windows yang pernah dihasilkan oleh Microsoft? Yang mana satu pilihan korang? Tahukah korang yang Microsoft sedang menguji Windows 8? Jika jawapan korang tak tahu pada semua pertanyaan diatas, korang memang TAHI! haha.

Thursday, September 15, 2011

Nerd atau geeks – gambaran sebenar

Nerds – kalau mengikut Wiki
Nerd is a term that refers to an intelligent but single-minded person obsessed with a nonsocial hobby or pursuit. Nerds are generally considered to be awkward, shy and/or unattractive by most. Thus, a nerd is often excluded from physical activity and considered a loner by others, or will tend to associate with a small group of like-minded people.

Geeks – kalau mengikut Wiki
The word geek is a slang term, with different meanings ranging from "a computer expert or enthusiast" to "a carnival performer who performs sensationally morbid or disgusting acts", with a general pejorative meaning of "a peculiar or otherwise dislikable person, especially one who is perceived to be overly intellectual".


Tuesday, September 13, 2011

Botol Plastik yang kau buang merata-rata

Botol-botol mineral yang biasanya korang buang lepas minum..
Ape yang korang buat dengan botol mineral setelah korang habiskan airnya? Ke tong sampah?? ke ke longkang atau saja-saja buang ke mana korang suka ibarat semua kawasan di kiri,kanan,depan,belakang korang tu adalah satu tong sampah besar.

Di Filipina, ada sorang brader yang mengambil inisiatif menggunakan botol-botol mineral terbuang untuk dijadikan sesuatu yang berguna untuk bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi yang paling best, untuk masyarakat setempat.

Brader yang digelar orang kampung sebagai "Solar Demi" menggunakan pengetahuan beliau untuk membantu masyarakat setempat untuk menikmati kehidupan yang lebih sempurna disebalik kehidupan sedikit kekurangan yang mereka hadapi sehari-hari.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sementara itu, di Blog lain....