Pages

Popular di Blog itu Blogger

Wednesday, November 30, 2011

Kenapa superhero tak join social networking

Entry kali ni agak diluar kotak pemikiran sikit.

Agak-agak korang laa, kenapa superhero-superhero takde yang nak join social networking ye. Walhal, social networking ni punye la popular seluruh dunia, tak kire makcik tue, nenek atau atuk-atuk, semua nak join.


superman

Hahaha… rupenye takut kantul macam Si Clark Kent (aka Superman) daa..

Mentaliti

Hari ni aku nak bercakap mengenai mentaliti. Tau tak mentaliti tu ape?? mengikut kata Thesaurus, mentaliti bermaksud :

sikap mental kebiasaan atau ciri-ciri yang menentukan bagaimana anda akan menafsirkan dan merespon situasi

Cuba lihat mentaliti ini..

DSC01975

Sikap dan pemikiran manusia memang sukar untuk diubah.. Jadi apakah mentaliti anda??

Kehebatan Manusia

Kita selalu membicarakan tentang kehebatan.. orang tu hebat itu, orang tu hebat ini… sememangnya manusia ialah satu makhluk Allah yang terhebat! itu ialah satu fakta yang paling tepat. Kita semua boleh buat satu-satu bende kalau kite betul-betul menginginkannya. Bak kata seseorang kepada aku..

Kita adalah apa yang kita fikirkan!

Memang benar pun kata-kata tersebut. Jangan kita kata mustahil sedangkan kita belum pun mencuba!

Jom kita saksikan satu video yang aku rase boleh motivate korang supaya tersemat dalam diri kita, KITA BOLEH MELAKUKANNYA! YAHOOOOO!

Hebat kan manusia?? Korang boleh buat? AKu??? boleh jee.. hahaha..

 

4FC967806F1F0B921BE9A848F5B510EF

Kalau ade kt Malaysia camni..

Tengah aku dok merayap-rayap kat youtube, terjumpa lak video ni. Nak kata lawak pon tak jugak, nak kata serious pon tak jugak.. Tapi aku bajet, kalau laa kejadian ni ade kat Malaysia, mungkin aku orang pertama yang nak sertai.. hahaha..

 

Ishh, kalau ada kat Malaysia camni, aku nak jadi salah seorang penumpang… baru terkulat-kulat mata memandang.. hahaha..

Monday, November 28, 2011

Kelayakan Olimpik Zon Asia - Harimau muda lawan Bahrain


Tengok skuad harimau muda fight dengan bahrain tadi memang sesuatu yang sangat-sangat FUUUUUUUUUUUUU. Bukan nak menjatuhkan, tetapi sudah terlalu bosan, aku sebagai peminat tegar bolasepak negara, melihat kelibat diorang-diorang ni bermain bola. Bukan takde peningkatan, ada. Cumanya terlalu banyak posisi dan corak permainan yang perlu dipertingkatkan. Kalau tak, hanya gelaran raja Asean aje laa yang boleh kita banggakan, sedangkan, aku sebagai peminat, amat mengharapkan sesuatu yang boleh kami banggakan. Untuk pengetahuan, Malaysia tewas 3-2 setelah mendahului 2-0 dan menentang Bahrain yang bermain hanya 10 orang (sorang kene red card).

Barangkali kita hanya boleh berbangga dengan gelaran RAJA BOLASEPAK ASEAN....

Baca ini untuk lebih kepuasan membaca berita bolasepak.. Bolasepak Malaysia dan ASEAN

Kenapa aku mencuri.

Salam..

Aku dah lama teringin nak buat entry yang agak berat untuk ditulis. Pada malam ni kebetulan sebelum menunggu game Manchester City lawan ngan Liverpool, dan selepas kecewa dengan kegagalan Harimau Muda gagal dalam usaha ke Olimpik London, aku layan cerita kat Astro Prima ni. Tajuknya kenapa aku mencuri. Tajuk cerita ni biase je. Tapi bile dilayankan cerita tu, memang tertanam banyak cerita dan permasalahan dikalangan manusia.

Monday, November 21, 2011

MRI Scan. Ini memang mimpi ngeri!



MRI Scanner adalah satu alat bantu di Pusat-pusat kesihatan yang mana digunakan untuk mengesan apa-apa jua keadaan yang normal tak normal didalam anggota badan kite.

Namun bagaimana kalau alat yang canggih ini digunakan sebagai satu prank? Hmm, ini adalah hasilnya..



Ini memang betul-betul scary movie!!!

Draw a Vermeer with one line only!



Very cool commercial by Faber Castell.


Faber Castell from eric yeo on Vimeo.


Sumber :http://www.walltowatch.com/view/1251

Berhati-hati dengan pemilihan PASWORD!

Password... Memang ianya adalah suatu bende yang amat mustahak untuk mengelakkan pencerobohan keatas mana-mana akaun yang kita hasilkan. Lebih-lebih lagi untuk akaun-akaun penting dan peribadi kita.

Tapi tahukah anda ada juga dikalangan kita mengambil jalan mudah dalam penghasilan password atau kata kunci. Alasan? kerana takut terlupa dan mudah nak ingat. Password atau kata kunci yang mudah seringkali menjadi mangsa penceroboh-penceroboh maya untuk mengakses akaun-akaun kita dan seterusnya menghebah atau mencuri data-data penting dan lebih teruk mencuri hasil keringat (untuk akaun bank) kita.

Sukan SEA ke-26, Ini memang takde telo!

Sukan SEA ke-26, ialah satu temasya sukan yang dianggap berprestij di Asia Tenggara ini kerana menghimpunkan atlit-atlit sukan dari semua negara-negara anggota ASEAN. Seharusnya temasya sukan yang sebegini akan menghadirkan atau membangkitkan atlit-atlit ASEAN supaya dapat dicungkil bakatnya seterusnya bakal mengharumkan nama ASEAN dipersada dunia dengan dapat bersaing dengan atlit-atlit dunia lain.

Sunday, November 13, 2011

Apakah cita-cita anda

Sudah agak lama aku tak update blog aku ni kan. Sori la bro, aku agak sibuk kebelakangan ini. Baru menerima ahli baru dalam keluarga membuatkan masa dan jadual aku menjadi padat dan sendat dengan bermacam-macam aktiviti harian.

Alhamdulillah, pada 2/11 hari tu, isteriku selamat melahirkan anak perempuan kami yang nombor 2.Dan sejak pada hari tu, jadual harian ku kini ku khaskan untuk isteri dan anak-anak.

Angry Birds The Movie Trailer

Korang peminat Angry Birds? Atau anak-anak korag yang minat ngan Angry Birds? Tak kisah lah. Jom layan trailer Angry Birds the movie ini... Betul ke?



LOL!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sementara itu, di Blog lain....